Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 9 Oktober 2026

Privasi anda penting bagi saya. Halaman ini menerangkan, secara ringkas dan jujur, maklumat apa yang dikumpul apabila anda melayari Dakwat Hitam, bagaimana ianya digunakan, dan apa pilihan yang anda ada.

Apa yang dikumpul?

Secara umumnya, terdapat dua jenis maklumat. Pertama, maklumat yang anda berikan sendiri, iaitu nama, alamat e-mel dan mesej apabila anda meninggalkan ulasan, mengisi borang di halaman Hubungi, atau menghantar e-mel kepada saya. Kedua, maklumat teknikal yang direkodkan secara automatik, seperti alamat IP, jenis pelayar dan peranti, halaman yang dibaca serta tempoh lawatan. Sebahagian daripadanya disimpan melalui kuki (cookies), iaitu fail kecil di dalam pelayar anda.

Untuk apa ianya digunakan?

Untuk membalas pertanyaan anda, memaparkan dan menyederhana ulasan, memahami artikel mana yang dibaca dan yang tidak, memaparkan iklan, serta melindungi laman ini daripada spam dan serangan. Itu sahaja. Saya tidak menjual, menyewakan atau memperdagangkan maklumat peribadi anda kepada sesiapa.

Iklan Google

Dakwat Hitam menggunakan Google AdSense untuk memaparkan iklan, dan berikut perkara yang wajar anda ketahui:

  • Vendor pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan terdahulu anda ke laman ini atau laman sesawang lain.
  • Kuki pengiklanan Google membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan kepada anda berdasarkan lawatan anda ke laman ini dan/atau laman lain di Internet.
  • Jika anda tidak mahu iklan yang diperibadikan, anda boleh menukar tetapan di Tetapan Iklan Google, atau menolak kuki vendor pihak ketiga melalui www.aboutads.info.

Penerangan penuh daripada Google sendiri boleh dibaca di halaman ini.

Statistik pelawat

Saya menggunakan Google Analytics dan statistik Jetpack untuk melihat gambaran keseluruhan, contohnya berapa ramai yang membaca sesuatu artikel dan dari mana mereka datang. Data ini dilihat secara agregat, dan tidak digunakan untuk mengenal pasti sesiapa secara individu. Jika anda lebih selesa tidak dijejak, pasang sahaja Google Analytics Opt-out Browser Add-on.

Ulasan pembaca

Apabila anda meninggalkan ulasan, nama, alamat e-mel, alamat IP dan maklumat pelayar anda direkodkan untuk tujuan menapis spam. Alamat e-mel anda tidak akan dipaparkan. Satu rentetan tanpa nama (hash) daripada alamat e-mel tersebut mungkin dihantar kepada Gravatar, semata-mata untuk memaparkan gambar profil anda jika ada.

Pautan dan kandungan dari laman lain

Artikel di sini kerap memaut kepada sumber berita, dokumen rasmi dan laman lain, malah sesekali membenamkan video atau hantaran media sosial. Laman-laman tersebut mempunyai dasar privasi masing-masing, dan berada di luar kawalan saya.

Keselamatan dan tempoh simpanan

Laman ini dihoskan oleh penyedia hos pihak ketiga dan dilindungi melalui sambungan HTTPS serta tembok api aplikasi web. Ulasan disimpan selagi laman ini beroperasi, melainkan anda meminta ianya dipadamkan. Mesej yang dihantar kepada saya pula disimpan sekadar yang perlu untuk membalas.

Hak anda

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak untuk meminta akses, membuat pembetulan atau meminta pemadaman data peribadi anda yang disimpan di sini. Hantarkan sahaja e-mel kepada saya.

Laman ini juga tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, dan saya tidak mengumpul maklumat mereka secara sengaja.

Perubahan dan pertanyaan

Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa, dan tarikh di bahagian atas halaman akan turut diubah. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke editor@dakwathitam.com.