Penafian

Kemas kini terakhir: 9 Oktober 2026

Sebelum anda terus membaca, ada beberapa perkara yang wajar saya jelaskan secara terang.

Ini pandangan saya, bukan majikan saya

Segala ulasan dan analisis di Dakwat Hitam adalah pandangan peribadi saya. Ianya tidak mewakili, dan tidak wajar dibaca sebagai kenyataan rasmi, mana-mana organisasi, majikan atau agensi kerajaan, sama ada yang pernah atau yang sedang saya berkhidmat.

Fakta boleh berubah

Saya berusaha memastikan setiap fakta, angka dan rujukan adalah tepat pada tarikh artikel diterbitkan, dan menyertakan sumber asal sejauh yang mungkin. Namun, dasar dan pekeliling sentiasa dipinda, dan berita pula bergerak pantas. Sebelum membuat sebarang keputusan, rujuklah sumber rasmi yang terkini. Jika anda menemui kesilapan, maklumkan kepada saya melalui halaman Hubungi, dan saya akan membetulkannya.

Bukan nasihat profesional

Tulisan berkaitan kewangan, pelaburan, aset digital, undang-undang atau urusan perkhidmatan awam di sini bertujuan untuk perkongsian dan perbincangan. Ianya bukan nasihat kewangan, pelaburan atau perundangan. Untuk keadaan peribadi anda, dapatkanlah nasihat daripada pihak yang bertauliah.

Iklan dan pautan luar

Iklan di laman ini dipaparkan oleh rangkaian pengiklanan pihak ketiga, dan kemunculannya tidak bermakna saya menyokong produk atau perkhidmatan berkenaan. Pautan ke laman lain pula disertakan sebagai rujukan, dan kandungan laman tersebut berada di luar kawalan saya. Jika satu hari nanti sesuatu artikel mengandungi pautan rujukan atau afiliasi, saya akan menyatakannya dengan jelas dalam artikel itu sendiri.

Imej

Sesetengah imej di sini dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI), dan dilabel sedemikian pada kapsyen atau nota imej. Imej daripada sumber lain dikreditkan kepada pemiliknya.

Mahu memetik?

Silakan, saya berbesar hati. Petikan ringkas dibenarkan dengan syarat sumbernya dinyatakan dan dipautkan kembali ke artikel asal. Namun, untuk menerbitkan semula keseluruhan artikel, mohon dapatkan kebenaran saya terlebih dahulu.

Dengan terus menggunakan laman ini, anda dianggap bersetuju dengan Penafian ini serta Dasar Privasi Dakwat Hitam.